| No. | Bahasa Melayu | English | Title | Use of Prefix of “Br.” | Membership Fee Payable | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Yes | No | Yes | No | ||||
| 1 | Ahli Kehormat Felo | Honorary Fellow | Hon.FACC PM | √ | √ | ||
| 2 | Ahli Felo Jurubina Bertauliah | Certified Fellow Builder | FACCPM | Br. | √ | ||
| 3 | Ahli Jurubina Bertauliah | Certified Builder | BACCPM | Br. | √ | ||
| 4 | Ahli Biasa | Member | MACCPM | √ | √ | ||
| 5 | Ahli Bersekutu | Associate | AACCPM | √ | √ | ||
| 6 | Ahli Pelatih | Probationary | Pro.ACCPM | √ | √ | ||
| 7 | Ahli Graduan | Graduate | Gra.ACCPM | √ | √ | ||
| 8 | Ahli Pelajar | Student | Stud.ACCPM | √ | √ | ||
| 9 | Ahli Korporat | Body Corporate | Crop.ACCPM | √ | √ | ||
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada Pertubuhan. Mereka ditentukan dan dilantik oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.
Bagi pertama kali kewujudannya, Majlis Felo Jurubina Bertauliah terdiri daripada 3 Ahli Felo Jurubina Bertauliah hendaklah dilantik oleh Majlis. Selepas itu, setiap Ahli Felo Jurubina Bertauliah baru akan dilantik oleh Majlis Felo Jurubina Bertauliah itu.
Setiap Ahli Felo Jurubina Bertauliah hendaklah terdiri daripada Ahli Jurubina Bertauliah, dan hendaklah juga menenuhi syarat- syarat tambahan seperti mana yang ditetapkan oleh Undang- undang Kecil Pertubuhan yang diwujudkan melalui kuatkuasa Fasal 8 Perlembagaan ini.
Setiap Ahli Jurubina Bertauliah hendaklah terdiri daripada Ahli Biasa, dan hendaklah juga menenuhi syarat- syarat tambahan seperti mana yang ditetapkan oleh Undang- undang Kecil Pertubuhan yang diwujudkan melalui kuatkuasa Fasal 8 Perlembagaan ini. Ahli Jurubina
Bertauliah boleh menggunakan singkatan “Br.” (iaitu singkatan dari “Builder”)
pada awal namanya dengan taraf “Pengurus Projek Pembinaan Bertauliah” (“Certified Construction Project Manager”, iaitu “CCPM”) dan/ atau “Pengurus Pembinaan Bertauliah” (“Certified Construction Manager”, iaitu “CCM”) dan/ atau “Pengurus Pembinaan Pembentungan Bertauliah” (“Certified Sewerage Construction Manager”, iaitu “CSCM”), dan/ atau lain- lain bidang pengurus pembinaan profesional yang diiktirafkan oleh CIDB, dan/ atau “Chartered Member” CIOB / CABE).
Setiap Ahi Biasa hendaklah memenuhi semua kriteria berikut:
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria Ahli Biasa, dan dilantik oleh Majlis menurut Undang- undang Kecil Pertubuhan.
Terbuka kepada mereka yang baru mendapat kelulusan kelayakan akademik yang minimum, iaitu Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya dalam bidang yang relevan dengan alam bina seperti yang ditetapkan oleh Undang- undang Kecil Pertubuhan.
Terbuka kepada mereka yang ingin meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan pembinaan dan/ atau pengurusan projek pembinaan, pembangunan hartanah dan infrastruktur, dengan mengambil kursus latihan yang relevan, yang disediakan dan dijalankan oleh Pertubuhan dan/ atau pihak penyedia latihan lain yang diluluskan atau diterima oleh Pertubuhan.
Seseorang yang masih lagi seorang “pelajar” dalam Takrifan Seksyen 2 Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 dan/ atau Seksyen 2 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang menjalani pengajian dalam kursus atau bidang yang relevan dengan alam bina seperti mana yang ditetapkan oleh Undang undang Kecil Pertubuhan.
Syarikat-syarikat Korporat Industri Pembinaan dan Pembangunan Hartanah dan Infrastruktur boleh menjadi Ahli Korporat dan hendaklah juga memenuhi syarat- syarat tambahan seperti mana yang ditetapkan oleh Undang- undang Kecil Pertubuhan yang diwujudkan melalui kuatkuasa.