AIM OF ACCPM
Our Aim
Tujuan Pertubuhan adalah seperti berikut:
- Mempromosi dan menggalak kemajuan semua aspek pengurusan pembangunan projek dan pengurusan pembinaan tapak projek, dan pengurusan program di dalam bidang yang berkaitan dengan bidang tapak pembinaan, dan pembangunan projek hartanah dan infrastruktur;
- Menyediakan sebuah organisasi bagi pengamal pengurusan pembangunan projek, pengurusan pembinaan tapak projek dan program dalam bentuk sebuah pertubuhan para ilmuan/ cendekiawan serta saintifik;
- Mewakili pandangan umum pengamal pengurusan pembangunan projek dan pengurusan pembinaan tapak projek yang dianggap wajar/ sesuai oleh Pertubuhan bagi menggalakkan pencapaian pengurus pembinaan tapak projek profesional dan pengurus pembangunan projek profesional;
- Meningkatkan watak dan kedudukan ahli profesional, dan memajukan kepentingan pengurusan pembangunan projek profesional dan pengurusan pembinaan tapak projek profesional dalam bidang tapak pembinaan, pembangunan projek hartanah dan infrastruktur, yang terlibat di dalamnya pengurus pembangunan projek profesional, pengurus pembinaan tapak projek profesional (termasuk pengurus pembinaan pembentungan profesional dan lain- lain bidang pengurus pembinaan profesional Tahap 5 dan ke atas yang diiktirafkan oleh CIDB);
- Menggalakkan amalan mulia dan etika profesional dikalangan ahli pertubuhan;
- Menyediakan persekitaran penyerahan pengurusan pembinaan tapak projek, pengurusan pembangunan projek hartanah dan infrastruktur yang efektif dan efisyen; dan
- Menyampaikan kepada ahli- ahli Pertubuhan, maklumat berhubung semua perkara yang melibatkan atau menyentuh pengurusan pembangunan projek profesional dan pengurusan pembinaan tapak projek profesional dalam bidang tapak pembinaan, projek pembangunan hartanah dan infrastruktur; dan mencetak, menerbit dan/ atau mengeluarkan serta mengedar mana- mana penerbitan yang dianggap wajar/ sesuai dengan Pertubuhan.